Monday 18 August 2014

Pertunangan ku dengan Mr. Fendi

Bismillahnirrahmannirrahim...

Alhamdulilah Majlis Pertunangan aku dengan Mr. Love aku berrjalan lancar. Kini aku telah sah menjadi Tunangan orang. Walaupun banyak halangan yang terpaksa kami hadapi pada saat- saat akhir namun alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

InsyaAllah tahun hadapan 2015 aku akan bergelar isterinya yang sah, setelah hampir 8 tahun kami berhubung sebagai teman tapi mesra. Mudah - mudahan ikatan kami ini akan di berkani hingga ke jannah Nya amin.


Tuesday 27 May 2014

Projek Memikat Suami

Siapa sudah tengok cerita PMS ni...


Aku memang suka cerita kahwin aturan keluarga macam cerita PMS ni. Bagi aku cerita selepas nikah memang unik. Ada suka dan dukanya, perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pasangan yang memang bukan pilihan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kalau diberi pilihan aku memang inginkan lelaki yang penyayang dan romantik. Tapi jodoh, ajal, maut, dan rezeki adalah aturan Allah s.w.t .Jadi aku terima seadanya pasangan yang memang telah ditetapkan untuk ku sejak azali lagi.

Berbalik cerita PMS, aku suka betul dengan lakonan yang di mainkan oleh Emma nampak berkesan, aku dapat rasakan kekuatan dan ketabahan Husna menghadapi dugaan dari sang suami yang menyakitkan hati, kakak ipar yang menyebalkan dan teman wanita suaminya yang sedaya upaya menghancurkan perkahwinan mereka.

Tapi yang bestnya dalam cerita ini, ibubapa mertua menyayanginya seperti anak sendiri, tuah Husna juga memiliki ibubapa yang mencintainya. Itulah yang menjadi kekuatan kepadanya menghadapi segala cabaran dalam perkahwinan. Di saat dia sedih ibubapanya menjadi tonggak untuk terus bertahan dengan perkahwinannya dan kakak- kakaknya sentiasa memberi sokongan moral kepadanya untuk terus bersama suaminya.

hehehe ba itu sahaja la review aku pasal PMS ni...











Cinta Aku dan Dia



F**** ,
Orangnya sudah lama ku kenali sejak sekolah lagi, tapi hubungan kami hanya sebagai rakan sekelas sahaja, tak terlintas untuk bercinta apatah lagi menyayanginya seperti sekarang. Aku dulu memang tidak suka budak-budak lelaki dari kampung S********  bagiku dorang ni samseng sekolah.

Dulu waktu sekolah dorang nilah golongan yang suka buat onar dan berlagak samseng. Biarpun dia pendiam dulu, tapi kawan-kawannya memang aku tak suka jagi sekaligus dia pun memang aku tak suka.

Tapi entah macam mana aku ”bercinta “ dengan orang yang aku tak suka, yang aku ingat  kawan baiknya  bagi no telefonku dengan dia, awalnya sekadar berbalas mesej sahaja tapi  kawan baiknya yang merupakan orang tengah kami masa itu bagitahu aku yang  F**** suka dengan aku. Pelikkan, tapi kami bercinta lepas sekolah. Jadi kami tak pernah berjumpa macam pasangan lain. Hubungan kami terjalin dalam telefon dan hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Aku masih ingat lagi time tu aku marah dengan dia sebab tidak balas sms ku, jadi dengan hati marah, aku telah memutuskan hubungan itu. Aku tak terfikirpun keputusan aku itu telah menyebabkan dia derita dan sanggup menanti dalam jangka masa yang lama.

Lepas SPM aku sambung tingkatan 6 di sekolah yang sama, aku ingatkan dia takkkan muncul lagi dalam hidup ku. Tapi pada tahun 2006, masa aku mengambil peperiksaan STPM aku terjumpa dengan dia. Walaubagaimanapun aku sama sekali tidak menegurnya apatah lagi mengukir senyuman untuknya ( Jahatnya aku ). Tapi dia pulak sempat berpesan dengan kawan aku " kirim salam dengan aku " Perasaan aku masa itu, berdebar- debar dan rasa sejuk semacam jak. ( hahaha apalah aku ni )

Aku ingat kisah kami berakhir di situ jak, rupanya tidak. Masa tu aku di Negeri Sembilan ambil Kursus Pemandu Pelancong seingat aku tahun 2009, masa tu aku tengah gaduh dengan teman lelaki aku. Petang tu aku terima sms dari dia, punyalah aku terkejut no dia yang muncul. Walaupun sudah lama kami tidak berhubung tetapi no nya tidak pernah terpadam dari otak ku ni. Kami berbalas- balas sms dan cerita serta menanggap kami sebagai kawan rapat yang boleh aku percayai.

Pada tahun yang sama, ketika itu aku kecewa sangat dengan diriku dan berada di pulau T***** ambil kursus selam skuba, dia telefon dan berbual-bual  kerna  dia dapat panggilan percuma sebab Hari Jadinya ketika itu. Tiap hari dia akan telefon aku. Bila aku balik ke S******* bulan yang sama juga dia bagi aku bercakap dengan maknya. Alahai itulah saat yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Maknya cakap buat apalah bertelefon bagus terus kahwin.  Aku jadi malu pulak ketika tu. Bagaimanapun aku dengan dia tidak dapat meneruskkan hubungan kami dengan lebih dekat lagi. Masa tu, aku bercinta dengan seseorang. Namun aku kecewa sekali lagi. Tapi dia ada selalu untuk aku. Dia yang ceriakan hidupku. Dialah pengubat kesedihan aku. Pada tahun 2011 aku balik ke S**** dan aku sudah membuka hatiku untuknya. Kami bercinta hohoreyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi sekali lagi aku kecewa dengan sikap edah tak edahnya dengan aku, dia banyak habiskan masanya dengan kawan-kawannya dan dia abaikan aku. Bila aku telah kerja di IOI semakin lama aku cuba untuk melupakannya semakin sakit ku rasakan. Aku tahu aku mencintainya, tapi  telah aku cuba untuk terima orang yang aku tidak cintai sebagai gantinya, nasiblah jodoh kami tiada kalau tidak mungkin aku sudah berkahwin sekarang dengan orang yang aku tidak cintai. Sampai saat ini aku masih menunggu dia. Hatiku masih untuknya

Andai Allah ciptakan aku dari rusuk kirinya, Andainya dia adalah penemanku sepanjang sisa hidupku nanti dan Andai dia tercipta untuk ku semoga kami akan di satukan dalam satu ikatan pernikahan dan dialah yang terakhir dalam hidup ku nanti.

Tapi sekiranya tidak,  aku berharap dia akan bahagia selalu dengan orang yang dia cintai dan berbahagia sampai bila- bila. Mungkin cinta kami bukan di sini. Tapi InsyaAllah di sana dialah teman ku selama-lamanya.

### Cintailah Allah……………….

Itulah cinta yang sejati tanpa meminta balasan dan sentiasa memberi cinta Nya kepada umat Nya dan inilah cinta yang abadi………………..